1. “Ada dua golongan dari umatku yang tidak akan memperoleh syafaat dariku. Iaitu seseorang pemimpin yang selalu berbuat zalim dan orang yang berlaku ghuluw, keluar dari jalan kebenaran.”
[Dari Abi Umamah : Imam At-Thabrani]
2. “Menguap adalah dari syaitan jika salah seorang di antara kalian menguap, hendaklah ia menahannya sebaik mungkin.”
[Imam Muslim]
3. “Sesungguhnya Allah menyukai bersin dan benci terhadap menguap.”
[Dari Abu Hurairah r.a : Imam Al-Bukhari]
4. “Semua bahagian tubuh anak Adam akan dimakan tanah kecuali tulang sulbi, yang daripadanya ia diciptakan dan daripadanya dia akan dibangkitkan.”
[Dari Abu Hurairah r.a : Imam al-Nasa’I, Imam Abu Daud dan Imam Ibnu Majah]
5. “Ada satu tulang yang anak Adam yang tidak dimamah tanah.” Mereka bertanya. “Apa itu Rasulullah?” Baginda s.a.w menjawab, “Tulang sulbi.”
[Imam Muslim dan Imam Ahmad]
6. “Kalau aku boleh menyuruh seseorang untuk sujud kepada orang lain, nescaya aku akan menyuruh wanita sujud kepada suaminya.”
[Imam At-Tirmizi]
7. “Kamu diutuskan untuk memudahkan, bukan untuk menyusahkan.”
[Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim]
8. “Keutamaan seorang alim di atas seorang ‘abid sebagaimana keutamaanku di atas serendah-rendah orang dari kalangan kamu.”
[Imam At-Tirmizi]
9. “Seutama-utama ibadat umatku itu ialah mambaca Al-Quran.”
[Imam Abu Na’im]
10.“Barangsiapa membaca Al-Quran, kemudian berpendapat ada orang lain yang memperolehi sesuatu yang lebih utama daripada apa yang telah dikurniakan kepadanya, maka orang itu benar-benar telah menganggap kecil akan sesuatu yang diagungkan oleh Allah Taala.”
[Imam At-Thabrani]
11.“Sebaik-baik di antara kamu ialah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya.”
[Imam Al-Bukhari]
12.“Tidak dikatakan beriman kepada Al-Quran barangsiapa yang menghalalkan apa-apa yang diharamkan oleh Al-Quran itu.”
[Imam At-Tirmizi]
13.“Bacalah Al-Quran selama ia dapat mencegahmu (dari perbuatan jahat). Apabila ia tidak dapat lagi menahanmu dari perbuatan itu, maka engkau belum membacanya.”
[Imam At-Thabrani]