Thursday, August 12, 2010

"Sesungguhnya amalan itu berdasarkan niat."
~HR Imam al-Bukhari~

"Sesiapa yang mencintai masjid, Allah pasti mencintainya."
~HR Imam al-Tabrani~

Monday, July 5, 2010

23 Jamadilawal 1431H-8 Mei 2010


1.    Ada dua golongan dari umatku yang tidak akan memperoleh syafaat dariku. Iaitu seseorang pemimpin yang selalu berbuat zalim dan orang yang berlaku ghuluw, keluar dari jalan kebenaran.”
[Dari Abi Umamah : Imam At-Thabrani]

2.    “Menguap  adalah  dari  syaitan  jika  salah  seorang  di  antara  kalian  menguap,  hendaklah  ia  menahannya  sebaik  mungkin.”
[Imam Muslim]

3.    “Sesungguhnya  Allah  menyukai  bersin  dan benci  terhadap  menguap.”
[Dari  Abu  Hurairah r.a : Imam Al-Bukhari]

4.    “Semua  bahagian  tubuh  anak  Adam  akan  dimakan  tanah  kecuali  tulang  sulbi,  yang  daripadanya  ia  diciptakan  dan  daripadanya  dia  akan  dibangkitkan.”
[Dari  Abu  Hurairah  r.a : Imam al-Nasa’I, Imam  Abu  Daud  dan  Imam  Ibnu  Majah]

5.    “Ada  satu  tulang  yang  anak  Adam  yang  tidak  dimamah  tanah.”  Mereka  bertanya. “Apa  itu  Rasulullah?” Baginda  s.a.w  menjawab, “Tulang  sulbi.”
[Imam  Muslim  dan  Imam  Ahmad]

6.    “Kalau  aku  boleh  menyuruh  seseorang  untuk  sujud  kepada  orang  lain,  nescaya  aku  akan  menyuruh  wanita  sujud  kepada  suaminya.”
[Imam  At-Tirmizi]

7.    “Kamu  diutuskan  untuk  memudahkan,  bukan  untuk  menyusahkan.”
[Imam  Al-Bukhari  dan  Imam  Muslim]

8.    “Keutamaan  seorang  alim  di  atas  seorang  ‘abid  sebagaimana  keutamaanku  di  atas  serendah-rendah  orang  dari  kalangan  kamu.”
[Imam  At-Tirmizi]

9.    “Seutama-utama  ibadat  umatku  itu  ialah  mambaca  Al-Quran.”
[Imam  Abu  Na’im]

10.“Barangsiapa  membaca  Al-Quran,  kemudian  berpendapat  ada  orang  lain  yang  memperolehi  sesuatu  yang  lebih  utama  daripada  apa  yang  telah  dikurniakan  kepadanya,  maka  orang  itu  benar-benar  telah  menganggap  kecil  akan  sesuatu  yang  diagungkan  oleh  Allah  Taala.”
[Imam  At-Thabrani]

11.“Sebaik-baik  di  antara  kamu  ialah  orang  yang  belajar  Al-Quran  dan  mengajarkannya.”
[Imam  Al-Bukhari]

12.“Tidak  dikatakan  beriman  kepada  Al-Quran  barangsiapa  yang  menghalalkan  apa-apa  yang  diharamkan  oleh  Al-Quran  itu.”
[Imam  At-Tirmizi]

13.“Bacalah  Al-Quran  selama  ia  dapat  mencegahmu (dari  perbuatan  jahat).  Apabila  ia  tidak  dapat  lagi  menahanmu  dari  perbuatan  itu,  maka  engkau  belum  membacanya.”
[Imam  At-Thabrani]

Thursday, June 3, 2010

Ghuluw..

Rasulullah s.a.w pernah bersabda, di dalam hadis Abi Umamah ;
 
"Ada dua golongan dari umatku yang tidak akan memperoleh syafaat dariku. Iaitu seseorang pemimpin yang selalu berbuat zalim dan orang yang berlaku ghuluw, keluar dari jalan kebenaran." 

(Hadith Riwayat At-Thabrani)

Friday, May 28, 2010

Hadith Panduan Hidup

Kelebihan selawat.
Barangsiapa dari umatku membaca salawat atasku satu kali Allah menetapkan untuknya sepuluh kebaikkan, menghapuskan daripadanya sepuluh keburukkan, mengangkat untuknya sepuluh darjat.”
H. R Ahmad

2. Berdoa sewaktu sujud.
Tuhan amat dekat dengan hambanya apabila dia sedang sujud maka perbanyakkanlah do’a (waktu sujud).”
H. R Muslim, Abu Dawud, Nasaai

3. Membuang rintangan di jalan.
Buangkanlah rintangan (halangan) dari jalan kerana sesungguhnya ia sedekah bagi mu.
H. R Bukhari

4. Redha dengan kesakitan membersih dosa.
Apabila orang mukmin redha dengan kesakitan sakit itu menjadi pembersih dosa dosanya.
H. R Bukhari

5. Doa adalah ibadat utama.
Ibadat yang paling utama adalah doa
H. R Haakim, Ibnu Adi, Sa’d

6. Keputusan muktamat apabila was-was.
Apabila kamu ingin mengerjakan sesuatu tetapi ada kebimbangan di hatimu maka tinggalkanlah ia.
H. R Ahmad, Ibnu Hibban, Haakim

7. Bencana jika kita kedekut ilmu
Sesiapa yang ditanya sesuatu ilmu lalu di sembunyikannya, maka orang itu pada hari akhirat kelak akan di kekang dengan kekangan api neraka”.
H. R Abu Daud, Termidzi

Tiap orang yang diberikan Allah s.w.t. ilmu, lalu disembunyikan maka Allah s.w.t. mengendalikan mulutnya pada hari kiamat dengan kendali dari api neraka
(Riwayat Al-Tabrani dari Ibn Mas’ud r.a.)

Siapa yang belajar ilmu agama yang seharusnya untuk mencapai keredhaan Allah s.w.t. tiba-tiba dipelajarinya hanya untuk mencapai tujuan dunia, maka dia tidak akan dapat bau syurga pada hari kiamat
(Riwayat Al-Nasai dari Abu Hurairah r.a.)

8. Tanda kesempurnaan keIslaman.
Diantara tanda tanda kesempurnaan keislaman sesaorang itu ialah meninggalkan sesuatu yang tidak mendatangkan faedah.
H. R. Turmidzi

9. Kelebihan bertawakkal.
Andainya kamu bertawakkal kepada Allah bersungguh sungguh, nescaya Allah akan memberi rezeki kepada kamu seperti mana burung yang keluar pagi dengan perut kosong dan pulang di waktu senja dengan perut kenyang.
H. R Turmidzi

10. Kewajipan kita
Kewajipan seorang Muslim keatas Muslim yang lain iaitu lima perkara, menajwab salam, melawat orang sakit, mengiringi jenazah, menerima undangan dan mendoakan orang yang bersin.
(Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

Sesiapa yang membuat ibubapanya gembira (memberi keredhaan) maka sesungguhnya ia mendapat redha Allah s.w.t. Sesiapa yang menyakiti hati ibubapanya, maka sesungguhnya ia mendapat kebencian Allah s.w.t.”
(Riwayat Bukhari

Andaikan kamu berbuat dosa hingga dosamu mencapai langit, kemudian kamu bertaubat, nescaya Allah s.w.t. memberi ampun kepada kamu”
(Riwayat ibn Majah)

Sesiapa yang menyiapkan keperluan orang yang berjihad fisabillah maka bererti dia telah berjihad dan siapa yang menjaga keluarga orang yang pergi berjihad dengan baik maka bererti dia telah ikut berjihad fisabilillah”
(Riwayat Bukhari & Muslim dari Zaid bin Khalid al-Juhani)

Para ibu hendaklah menyusui anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan”
(Surah Al-Baqarah:233)

Pakailah antara pakaianmu yang putih, kerana sesungguhnya pakaian putih itu lebih suci dan lebih baik dan kapanlah orang-orang mati kamu dengan kain putih”
(Riwayat Ahmad)

Siapa yang berperang untuk menegakkan khalimat Allah s.w.t. maka itu fisabi lillah”
(Riwayat Bukhari, Muslim & Abu Musa al-Asyari r.a.)

Lima macam dosa yang tidak ada tebusannya iaitu Syirik terhadap Allah s.w.t., membunuh orang tanpa hak, membuat tuduhan palsu terhadap seorang Muslim, lari dari barisan Muslimin dalam peperangan dan sumpah palsu untuk mengambil hak orang lain”
(Riwayat Ahmad)

Orang yang memulakan memberi salam adalah terlepas daripada sifat sombong dan takabbur”
(Riwayat Al-Baihaqi & Al-Khatib)

11. Dosa-dosa besar yang kita lakukan
Dosa yang paling besar ialah syirik, derhaka pada ibu bapa dan membunuh orang tanpa hak”
(Riwayat Anas r.a.)

Tuesday, May 25, 2010

5 Perkara

Rasulullah s.a.w., bersabda kepada seorang, menasihatkannya: 


"Rebutlah peluang lima keadaan sebelum datangnya lima yang lain, - keadaan mudamu sebelum datangnya keadaan tuamu dan keadaan sihatmu sebelum datangnya keadaan sakitmu dan keadaanmu yang berada sebelum datangnya faqirmu, keadaan lapangmu sebelum datangnya keadaan sibukmu dan keadaanmu masih hidup sebelum datangnya matimu."
(Riwayat Tirmizi daripada `Amr bin Maimun al-Audi r.a)

Ulama Pewaris Para Nabi.

Rasulullah SAW bersabda :
      “Sesungguhnya ulama adalah pewaris para Nabi. Sungguh mereka hanya mewariskan ilmu, maka barangsiapa mengambil warisan tersebut maka ia telah mengambil bagian yang banyak” (HR At-Tirmizi)

AWAS TERHADAP HATI YANG KERAS DAN LALAI


Hati yang keras ialah hati yang tidak terkesan dengan tazkirah dan peringatan, tidak terasa tersentuh ketika diperingatkan tentang mati, segala janji Allah dan hari akhirat. Sabda Nabi SAW;

من الشقاء أربع : قسوة القلب, وجمود العين , والحرص وطول الأمل-رواه البزار

Maksudnya;

Alamat celaka itu empat perkara; hati yang keras, mata yang tidak mampu menangis, haloba terhadap dunia dan panjang angan-angan. (Hadis diriwayatkan oleh Al-Bazzar)

Tuesday, May 11, 2010

Keikhlasan Dalam Menuntut Ilmu

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:”Sesiapa yang mempelajari ilmu yang boleh mendapatkan keredhaan Allah, sedangkan dia mempelajarinya kerana ingin mendapatkan habuan dunia, dia tidak akan dapat mencium bau syurga di hari akhirat kelak.”

Riwayat Abu Daud



Huraian
1. Orang yang berilmu dijanjikan Allah kedudukan yang tinggi di dunia mahupun di akhirat kelak.
2. Islam menuntut keihlasan niat dalam segala perkara termasuklah dalam menuntut ilmu sama ada yang berbentuk keduniaan atau ilmu agama. Dengan perkataan lain, setiap ilmu yang dituntut janganlah terkeluar daripada landasan syariat. Ia mestilah dimanfaatkan untuk kebaikan di dunia dan akhirat serta mengutamakan kebajikan manusia sejagat bukannya untuk kepentingan dunia semata seperti mengumpul harta, merebut kenaikan pangkat atau mengejar ‘glamour’ dan sebagainya.
3. Ilmu yang berkat adalah ilmu yang membuatkan seseorang itu semakin dekat dengan Allah SWT bukan menjadikan ia semakin jauh dan lalai sehingga melanggar hukum tuhan dan sanggup melakukan kemungkaran seperti keganasan, menipu, mencuri, merampas hak orang dan sebagainya.

5 Nama Rasulullah s.a.w

Dari Jubair bin Muth’in, katanya:”Aku mempunyai lima nama. Aku Muhammad (dipuji), aku Ahmad (amat terpuji), aku Mahi (penghapus) yang Tuhan menghapuskan kekafiran dengan usahaku, aku Hasyir (pengumpul) di mana dikumpulkan manusia di belakangku dan aku ‘Aqib (penghabisan).”

(Bukhari)



Huraian
Siapa yang tidak kenal nama Muhammad? Jika pertanyaan: “Siapakah Muhammad itu” ditujukan kepada seorang muslim, tentu mereka sangat mengenalinya. Muhammad adalah purnama. Cahayanya di atas cahaya. Begitu syair pujian untuk dirinya.

Sebagaimana yang disebutkan di dalam hadith di atas, terdapat banyak nama-nama yang diberikan kepada rasulullah dan sebagai seorang Islam kita wajib berselawat pada tiap-tiap kali menyebut, menulis atau mendengar nama Nabi Muhammad s.a.w., atau ganti namanya atau pun pangkat kenabiannya juga pangkat kerasulannya.

 Pendapat ini ialah pendapat sebahagian besar daripada penyokong-penyokong Mazhab Maliki, Mazhab Hanafi, Mazhab Syafie dan Mazhab Hambali, mereka berpendapat bahawa sesiapa yang tidak berselawat pada masa-masa yang tersebut maka ia telah melakukan dosa besar kerana banyak hadith yang menjelaskan bahawa Rasulullah s.a.w., telah memberi amaran menyatakan bahawa sesiapa yang tidak berselawat kepada Baginda s.a.w., pada masa disebutkan nama atau ganti nama Baginda s.a.w. maka dialah sebakhil-bakhil manusia, dialah yang mendapat kehinaan yang memalukan dan memuramkan mukanya, dialah yang beroleh kepayahan dan kesusahan, dialah yang jauh dari rahmat Allah dan dialah yang akan masuk ke dalam neraka sekiranya tidak diampunkan dosanya meninggalkan berselawat itu, (sebagaimana yang tersebut dalam hadis Abu Zar al-Ghifari, yang diriwayatkan oleh Ibn Abu Asim; Hadis Abu Hurairah riwayat Tirmizi dan al-Hakim; riwayat at-Tabari dan Bukhari pada al-Adab al-Mufrad; Hadis Abu Hurairah riwayat Ibn Hibban dan al-Bukhari pada al-Adab al-Mufrad dan hadis Abdullah bin Jarad riwayat ad-Dailami)